jUst cliCk!

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka!!!

assalamualaikum...
emm hari ini sudah 53 tahun negara kita merdeka...alhamdulillah...moga kemerdekaan kita ini berkekalan aman sentosa sentiasa...dan juga semoga negara kita dijauhkan dari bala bencana dan huru hara...amin....
emm bercakap mengenai merdeka ni teringat masa sekolah dulu time belajar sejarah...huhu SEJARAH...subjek yg agak & kurang saya sukai kerana terasa sangat membosankan pabila cikgu asik suruh baca je sepanjang dalam kelas tu...waktu kelas sejarahla paling mengantuk..huhuhu sangat kurang adab saya ni kan? huhu tapi bukan sengaja, dah cikgu suruh ngadap buku je, penatla...dah la makan nasi kawah tiap2 pagi, (kawan saya kata kalau makan nasi kawah memang mengantuk, betul ke tak dan sebab apa boleh jadi ngantuk tu saya tak pastila...huhuhu tapi bila saya tengok pelajar2 yang duduk luar jarang mengantuk dalam kelas sedangkan pelajar2 asrama majority kelihatan sangat tidak bermaya(asik menguap je) setelah beberapa jam berlalu, ianya telah menguatkan kepercayaan saya dengan teori dia tu...huhuhu)tapi sekarang bila teringat balik zaman sekolah, terasa sayang pula bila tak belajar & beri perhatian bila cikgu ngajar...kalau ikutkan saya suka juga dengan sejarah, yela macam2 cerita kita leh tahu tentang negara kita dari zaman awal sampai sebelum merdeka...tapi disebabkan cara cikgu yang mengajar tak kena dengan jiwa saya, maka, menjadilah tak suka kepada subjek itu...huhu (tak baik saya ni kan, salahkan cikgu pulak, padahal diri sendiri yang malas tak ngaku...huhu) oleh kerana sgt 'SUKA' dengan subjek sejarah ni, saya pon tak berapa nak faham dan ingat bila study, study last minute la katakan mana nak dapat semua kn...haha so...bila time final, thats why my result SPM for sejarah is 'cukup2 mkn'...huhuhu sedih jugak...tapi tulah kesannya bila study last2 minute...
alamak! dah terkeluar tajuk pulak cerita saya ni kn...hehehe
Merdeka...moga kita dapat sama2 menghayati pengorbanan dan perjuangan mereke2 yang terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan negara kita...semoga semua itu dapat menjadi pengajaran dan tauladan buat kita rakyat malaysia zaman ini untuk berusaha bersama2 dalam mengekalkan keamanan negara untuk anak2 dan cucu kita pada masa akan datang....insyaAllah...

No comments:

Post a Comment