jUst cliCk!

Saturday, August 6, 2011

sharing is caring.... ^_^

Ahlan wasahlan ya Ramadhan Al-Mubarak....
Assalam kepada semua muslimin dan muslimat, selamat berpuasa saya ucapkan, moga ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya...moga kita dapat menambah pahala dan kebaikan di bulan yang mulia ini...amin...insyaAllah...bersama kita mencari keredhaan Yang Maha Esa. 
Emm entri kali ni saya sekadar ingin berkongsi sedikit ilmu dan info buat teman2 semua....mungkin sudah ada yang mengetahui tentangnya dan mungkin juga ada yang belum, so bagi siapa2 yang belum selamat menambah ilmu...bagi yang dah tahu, alhamdulillah, moga ada lagi ilmu dan info yang lain dapat kita kongsi bersama... =) 
 
Ramadhan Al-Mubarak
Rasulullah saw sendiri gembira setiap kali kedatangan bulan Ramadan. Baginda ucapkan "tahniah" kerana kedatangan bulan Ramadan.
...
Berita gembira itu disampaikan pula kpd sahabatnya sambil bersabda; "Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan atas kamu berpuasa. Di dalam bulan Ramadan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan." (Riwayat Ahmad)

Sabda Rasulullah saw;
"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat."
(Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah saw;
Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (Riwayat Imam al-Bukhari)

Sabda Rasulullah saw;
"Sesiapa sempat bertemu Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh dia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)


# Buka puasa dengan rutab

Sabda Rasulullah saw;
"Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka." (HR Ibn Majah)

"Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan minum beberapa teguk air." (HR Tirmidzi)

Rutab adalah buah kurma yang masak dan belum dikeringkan.
Tamar adalah buah kurma yang telah dikeringkan.
~ selamat berpuasa (^_^) ~

No comments:

Post a Comment