jUst cliCk!

Monday, September 27, 2010

diner B.acc yg best!

salam perpaduan buat anda semua, sahabat, rakan, taulan, karib, kawan dan yang seangkatan dengannya....haha
emm kali ni dah ade idea nak kongsi dengan korang semua...

kisahnya......


bertarikh 24-25 september baru2 ini, berlangsunglah perkahwinan yang meriah lagi best, syok, fun & gemilang terbilang dan cemerlang antara diriku dan siDia...hahaha bestnye kalo jadi kenyataan...huhuhu mimpi tinggal mimpi jela...emm sambung balik cerita yang sebenar...hehe em pada jumaat dan sabtu ni kami (student B.Acc) g diner kat d Rhu Beach Resort....mula2 cam malas sgt2 nak ikut rumateku dan rakan2 lain g sna...yela, byk tu kena byr...RM75...ha, byk kan kan? sayang nak kuarkan duit ni...huhu tapi sebab kesian kat rumateku sorang2 je, so, saya decide utk g jugak...

# pEtaNg 24hb #
bertolak pada jam 3 lebih dan sampai dalam kul 5 lebih gak.. dlm 2 jam lbih je, xla jauh sgt....dah sampai sgt seronok dan teruja sebab dekat pantai! dah lama sgt2 x pergi pantai...last masa sek men dulu...form bpe tak ingat...tapi memang lama giler la tak g pantai...huhu mmg excited! haha bkn excited nak g diner tp excited sbb leh g pantai...hehe...so, ptg tu sementara tggu malam utk diner kami (dayah-rumateku, k.ika, mas, & k.nana) keluar g ber siar2 dan aktiviti plg best mstila tgkap gmbr...kenangan kn...hehe

# malam 24hb #
emm masing2 mengambil kesempatan ini utk memeriahkan diri dan bergaya...termasuk aku ke ek???tak kot...aku rasa aku paling biasa...haha emm meriah jugakla malam ni...makanan pon sedap2...tapi aku nye menu simple gler...sampai dayah kata tu je ke? tak berselera langsung makanan aku tu...yeke? tapi bila tengok balik, mmg pon...hahaha masing2 bergambar, sume giler kamera time ni termasuk aku...haha...

# pagi 25hb #
pagi ni berlangsungnya family day utk kami pelajar2 biacc...game yg ada tarik upih(tarik papan sebenarnye haha),terompah gergasi(apa yang boleh dikata sakit kakiku ini main bende alah ni...huhuhu), lari dengan gelung paip(tak tau apa nama mainan ni...huhu time ni la kaki saya terpeleot tak leh nak bangun haha...), tolak ring tayar basikal(ni pon tak tau...tapi paling kelakar sbb time saya ring tu siap patah balik belakang...haha), ikat kaki bertiga(haha tak betol dah saya jalan time ni...sian kat dayah n akak part8 tu jatuh dengan saya sekali terbalik...hehe)...em ni je kot...tapi sume best la...best sgt sampai terpeleot la kaki saya ni....hehe tapi naseb baik tak teruk...huhu still leh main next game even dah jatuh tu...hehe overall mmg fun! terima kasihla pada mereka2 yang anjurkan diner kat situ...huhu habis je sukaneka masing2 bersiap utk pulang dengan bas & kenderaan masing2...

so...inilah kisahnya...dah bis pon... ^_^

Wednesday, September 22, 2010

cerita Anjing Musafir dan seorang hamba...

salam pertemuan semula buat teman2...emm baru hari ini berkesempatan untuk online...tapi saya tak tahu nak bercerita tentang apa kali ini, idea tak datang lagi..hehe tapi saya bagi anda semua baca satu kisah ni yang menceritakan tentang sikap dermawan bertajuk "anjing musafir" yang saya ambil dari fail dan tersimpan lama disitu...huhu selamat membaca... ^_^

Diceritakan bahawa pada suatu hari *Abdullah bin Jaafar sedang berpergian. Ketika sampai di sebuah kebun kurma milik seseorang, dia berhenti untuk beristirehat. Didapatinya di situ ada seorang hamba abdi berkulit hitam yang menjaga kebun kurma tersebut. Tiba-tiba hamba abdi itu mengeluarkan bekalnya untuk makan yang berupa tiga potong makanan. Seekor anjing datang menghampirinya dan berpusing-pusing berhampiran si hamba sambil menyalak sebagai tanda ingin merasa makanan itu. Lidahnya pun dihulur-hulurkannya keluar.

Hamba abdi yang peka itu mencampakkan sepotong makanannya ke arah anjing dan dimakannya. Kemudian dicampakkannya pula sepotong lagi dan dimakannya pula. Ternyata anjing itu masih belum mahu lari juga. Maka hamba abdi itu mencampakkan lagi makanannya untuk ketiga kalinya dan dimakannya lagi. Maka habislah semua bekal si hamba kerana diberikan kepada anjing yang datang.

Abdullah bin Jaafar yang melihat perkara itu sangat hairan, kerana si hamba telah memberikan semua makanannya kepada anjing.
“Wahai anakku, berapa banyakkah makananmu sehari di tempat ini?” Tanya Abdullah bin Jaafar.
“Tiga potong saja yang kesemuanya telah dimakan anjing tadi.” Jawab si hamba.
“Mengapa engkau berikan semua kepada anjing itu? Dan engkau sendiri akan makan apa?” Tanya Abdullah.
“Wahai tuan. Tempat ini bukanlah kawasan anjing. Jadi aku yakin dia datang dari tempat yang jauh, sedang bermusafir dan tentu dia sangat lapar. Sedang aku sendiri, biarlah tidak makan hari ini sehingga esok.” Jawab si hamba.
Mendengar itu, Abdullah berseru: “Subhanallah. Bagus...bagus! Ternyata hamba itu lebih dermawan daripada saya.”

Kerana rasa terharunya dan merasa kedermawanannya masih dikalahkan oleh seorang hamba hitam, Abdullah bin Jaafar membeli kebun kurma dan hamba abdi itu dari tuannya. Kemudian dia memerdekakan si hamba, dan kebun kurma itu diberikan kepadanya. Setelah itu, dia pergi meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanannya.

Saturday, September 4, 2010

sELaMat meNyaMbUt Hari rAYa AiDiLfiTRi....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

wallpaper ili....

salam hujung ramadhan buat sahabat2 diluar sana... =)
ramadhan sudah hampir benar di penghujung nye...terasa tak puas lagi untuk berpuasa beramai2 dan berjemaah ke surau utk solat terawih...huhu
emm hari ini saya singgah seketika di laman web ILI, ingat nak tengok wallpaper utk hari raya sebab ramai dah member2 dlm fb tagged sy dlm kad raya diorg, so saya pon nak jugala...hehe tapi saya tertarik dengan wallpaper rekaan dari laman web ILI ni..cantik dan penuh makna...even ramadhan hampir menutup tirai, tapi tak salah rasanya saya kongsikan ia bersama anda...huhu


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


sweet kan? saya pon suka...saya sekadar ingin kongsikan ia bersama2 anda...emm mampukah kita menjadi seperti apa yang tersirat di wallpaper tu??? insyaAllah...masih ada masa lagi untuk kita perbaiki diri kearah lebih baik dari sebelumnya....moga kita juga dipanjangkan umur dan berkesempatan untuk menunaikan ibadah puasa pada tahun akan datang...insyaAllah.... =)

hari yang agak memenatkan...

salam ramadhan...
hari ini jadual saya agak penuh dan terasa sangat penat...
kelas dari pagi sampai petang..habis kelas terus buat lakonan arab di bazar..sambung sampai malam...badan agak lemah untuk hari ini...moga esok lebih cergas untuk menyiapkan "scene" yang ada...hope dapat buat dengan baik esok...huhuhu insyaAllah...