jUst cliCk!

Saturday, June 26, 2010

apr0n..... ^_^

~ Kali ini saya nak berkongsi cerita mengenai aktiviti saya 3, 4 hari ni setelah kebosanan takde buat pape… huhuhu…

~ okeh! Emm saya, adik saya mira dengan mak saya mengisi masa kitorang dengan membuat apron…alaa apron yang bese guna masa nak masak, basuh pinggan or bila2 diperlukan tu, mesti tahu kan…hehehe sebenarnya macam ni mulanya, baru2 ni mak saya pergi antar adik saya kt rumah abang di klang…masa pergi rumah abang la mak jumpa dengan makcik saya (sebelah mak) dan makcik saya ni tukang jahit dulu, so kat rumah dia banyakla kain2 perca yang dah tak digunakan. Then, dia bagila kat mak saya sebab dia sayang nak buang lebihan kain2 tu…so, ber plastik2 la mak saya bawa balik kain2 tu…banyak sangat2 dan cantik2 lagi… tak tahu nak buat apa dengan kain2 tu, masih cantik lagi dan memang rugi kalau dibuang…dan tetiba muncul la idea nak buat apron…huhu

~ Oleh kerana hampir dua minggu tv kat rumah saya tak dapat pape siaran, so kitorang masing2 bosanla… yela nak tengok tv pon tak dapat dah,dengar radio pon dah penat...huhu Oh ye, kitorang tak beli pon astro,guna siaran yang biasa je… So, pagi esoknya lepas bangun dan kemas2 rumah mak saya pon keluarkan la kain2 tu dan…bermula la episode menjahit apron…daripada satu jadi dua, tiga dan makin tambah…gilir2 jahit guna mesin….mak, saya dan mira…hehehe, best…. Emm banyak apron kitorang jahit…sonok je dapat menjahit dan dapat lihat hasilnya…even cantum2 je, still Nampak ok and cute…huhuhu selain apron saya ada jugak buat tempat isi barang2 kecil…tapi baru siap satu je…huhu mak saya pulak buat alas periuk, saya pon nak buat jugak nanti..heheh


~ emm apa lagi yang boleh dibuat agaknya dengan perca2 kain tu ye??? huhuhu

Wednesday, June 23, 2010

ingatan bersama...

"apabila kamu teringat akan seseorang,banyakkanlah olehmu ISTIGHFAR..apabila kamu lupa tentang apa yang kamu pelajari,banyakkanlah SELAWAT..apabila kamu mahukan wajah berseri dan sejuk mata memandang,banyakkanlah SOLAT DHUHA..apabila kamu mahukan perlindungan dan kekuatan hati,banyakkanlah TAHJUD..dan apabila kamu mahukan malaikat mendampingimu dan mengelak dari pandangan nafsu@syaitan,hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan berwudhu'.."

Tuesday, June 22, 2010

cita2 zaman sekolah dulu.....

Okeh! Kali ini saya ingin menceritakan tentang cita2 saya waktu saya kecik2 dulu…macam mana pulak boleh keluar cerita pasal cita2 ni yerk??? Hahaha emm actually malam tadi saya tengok tv cerita nujum pak belalang, siaran tv lain tak dapat, so tengok jela cerita tu...lagipon best jugak even cerita ni dah banyak kali saya tengok, dan tiap kali tengok saya tetap akan ketawa sebab jalan ceritanya dan aksinya memang kelakar... hehe

Saturday, June 19, 2010

abOut Love..........

~ Perkara yang menyedihkan dalam hidup adalah apabila kita bertemu dengan seseorang yang sangat beerti dalam hidup kita. tetapi ia hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak beerti dan harus membiarkan ia pergi dari hidup kita...
~ Mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat sabagai jodoh kita. seharusnya kita mengerti bagaimana berterima kasih di atas kurniaanNya...
~ Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan...
~ " JAngan sesEkali mengucApkan selamAt tingGal jiKa kaMu maSih maHu menCuba. JanGan seseKali menyErah jIka kAmu masIh meRasa sanGgup. JaNgan seSekali mengAtakan Kamu tiDak menCintainya laGi jikA kAmu masIh tidAk daPat melUpakannya "

hayatilah kata2 ini........
Dan yang pasti, cinta yang abadi dan yang kekal selamanya adalah cinta kepada Yang Maha Esa...

untuk temanku yang bersedih...

pada jam 16:26 , 19 Jun 2010, saya menerima panggilan dari seorang teman kelas yang sedang menangis, kerana terkejut dan risau saya terus bangun...
ketika itu saya telah beberapa minit melelapkan mata yang penat kerana masa tidur yang tidak mencukupi ekoran daripada tidur lewat hampir 3 pagi semalam...huhuhu
teman saya menceritakan kisah sedihnye sebentar tadi. kisah yang mengingatkan saya kembali kepada 'kisah' lama saya yang baru beberapa bulan berlalu...saya cuma dapat membantu teman saya itu dengan memberikan kata2 semangat dan berharap dia tabah dan sabar menghadapi segala ujian yang diberikan olehNya. oleh kerana saya sendiri penah mengalami situasi seperti dia maka saya amat memahami perasaan dia saat ini. tapi bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya...hanya diri mereka yang tahu bagaimana perasaan mereka yang sebenar saat ini...saya disini sekadar mendoakan semoga dia dan juga saya sendiri tabah dan kuat semangat untuk meneruskan perjalanan di depan yang belum tentu lagi cabaran dan halangan yang datang...insyaAllah...

budak baru belajar....

hari ini bermulanya saya belajar mencoret sesuatu di 'page' blog ini....
sebenarnye saya ni tidakla pandai sangat nak ber 'blog2' ni, tapi sekadar mencuba, tak salah kan?huhu...
emm mungkin blog ini akan jadi tempat luahan hati saya jika saat itu tiada teman untuk bercerita atau jika ada sesuatu yang saya boleh kongsikan bersama2 teman di luar sana.... orang kata sesuatu yang baik dan berguna itu eloklah jika dikongsi bersama, walaupon sedikit atau kecil nilainya, tapi ia tetap berharga... ^_^
emm masih memikirkan lagi apa yang saya ingin ceritakan dan coretkan disini, tapi rasanya masih belum terlintas lagi idea papepon difikiran ini...takpela, nanti kalau dah muncul idea, insyaAllah saya kongsikan bersama.